Friday, 2 March 2018



KEBAIKAN & KEBURUKAN TEKNOLOGI NUKLEAR

SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN
DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH : USTAZAH SURAINI BINTI RIPIN
DET2B

NAMA
NO. MATRIK
AMIR HAIKAL BIN AHMAD
25DET17F1051
MUHAMMAD FAKHRULLAH BIN HILMAN HALIM
25DET17F1048
AFFIQ HAZIMEE BIN ABD JALAL
25DET17F1087
MUHAMAD IDZUDDIN HAQIMI BIN MAAT
25DET17F1089



ISI KANDUNGAN



Kandungan
Muka Surat
Pengenalan
3
Maksud & Sejarah
4-7
Kebaikan
8-9
Keburukan
10-11
Peristiwa Chernobyl
12-14
Teknologi Nuklear di Malaysia
14-15
Rujukan & Kesimpulan
16-17










PENGENALAN

Syukur terhadap Allah SWT kerana telah memberikan peluang kepada kami untuk menulis blog ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah DUA2012 kami kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Di dalam tugasan ini ia akan memberitahu kepada kita mengenai tenaga nuclear dari perspektif islam samada ia baik atau buruk,adakah islam melarang atau membenarkan  pengunaan nuclear ini. Sesungguhnya setiap ciptaan mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Begitulah juga dengan teknologi nuclear ini jika penciptaanya untuk kebaikan maka baiklah jadinya jika penciptaanya untuk keburukan maka buruklah jadinya. Jadi di dalam blog ini kami akan mengupas tentang maksud nuclear,sejarahnya,kebaikan dan keburukannya dan mengenai peristiwa Chernobyl



MAKSUD NUKLEAR

Menurut kamus dewan edisi ke-4, nuclear itu berkaitan dengan nucleus atom; peperangan- peperangan yang memakai senjata dengan atom; senjata-senjata yang menggunakan tenaga atom


Dari segi Bahasa; nucleus atom
Dari segi istilah; tenaga yang dijana daripada tindak balas dalam nucleus atom.




SEJARAH NUKLEAR

Kewujudan nuclear sebenarnya telah tertulis didalam Al-Quran dalam surah AL-Hadid dimana maksud Al-Hadid itu sendiri ialah logam besi, Firman Allah dalam surah AL-Hadid ayat 25 “ pada besi itu, terdapat kekuatan yang amat kuat yang boleh memusnahkan manusia”. Sejarah telah membuktikan bahawa tenaga nuclear ini cukup berbahaya dan membuktikan bahawa ayat ke 25 surah Al-Hadid itu adalah benar sepertimana yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki. Tenaga nuklear mampu menjadi sumber penjanaan kuasa elektrik dalam sebuah negara.


Begitu juga jika terdapatnya berjuta tan uranium dimana uranium mampu menghasilkan tenaga haba satu mega watt maka dengan itu kemungkinan satu dunia boleh musnah. Begitulah kebenaran yang ditunjukkan di dalam Al-Quran mengenai bahayanya nuclear melalui ayat 25 surah Al-Hadid. Maka dengan itu jika kita beriman kepada Allah dan kitabnya, manusia mampu melakukan penyelidikan berlandaskan syariat islam. Kuasa nuklear bnyak menyumbang dalam bidang perubatan dan mestilah dilakukan secara berhati-hati agar tidak ada kemalangan yang akan berlaku atas kecuaian manusia






The Lord Rutherford of Nelson
OM FRS

In office
1925–1930
Preceded by
Succeeded by
Personal details
Born
Died
19 October 1937 (aged 66)
Cambridge, England, UK
Citizenship
Nationality
New Zealander
Residence
New Zealand, United Kingdom
Signature
Alma mater
Known for
·       Discovery of alpha and beta radioactivity
·       Discovery of atomic nucleus(Rutherford model)
·       Discovery of proton
·       Rutherford (unit)
Awards
·       Rumford Medal (1904)
·       Nobel Prize in Chemistry (1908)
·       Barnard Medal (1910)
·       Elliott Cresson Medal (1910)
·       Matteucci Medal (1913)
·       Copley Medal (1922)
·       Franklin Medal (1924)
·       Albert Medal (1928)
·       Faraday Medal (1930)
·       Wilhelm Exner Medal (1936)
·       Faraday Lectureship Prize (1936)
Franklin D. Roosevelt

Photo by Leon A. Perski, 1944
In office
March 4, 1933 – April 12, 1945
John N. Garner
(1933–1941)
Henry A. Wallace
(1941–1945)
Harry S. Truman
(1945)
Preceded by
Succeeded by
Personal details
Born
Franklin Delano Roosevelt
January 30, 1882
Hyde Park, New York, U.S.
Died
April 12, 1945 (aged 63)
Warm Springs, Georgia, U.S.
Cause of death
Resting place
Political party
Spouse(s)
Eleanor Roosevelt (m. 1905)
Relations
Children
·       Anna Eleanor
·       James
·       Franklin
·       Elliott
·       Franklin Delano Jr.
·       John Aspinwall
Parents
Signature


       


        KEBAIKAN NUKLEAR

Apa sahaja yang dicipta oleh ALLAH S.W.T mestilah terdapat kelebihan dan kekurangannya. Kebaikan teknologi nuklear yang jelas dilihat ialah dalam pengunaan radioisotop. Apa itu radioisotop?, radioisotop ialah isotop yang nukleusnya tidak stabil. Dan boleh wujud didalam bentuk semulajadi atau dihasilan apabila nucleus yang stabil telah dilanggarkan dan dihentamkan oleh zarah Alfa, proton atau neutron. Penggunaan radioisotop pertamanya digunakan didalam perubatan. Sinar gama dari kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel – sel barah dalam rawatan radioterapi. Sinar gama juga digunakan untuk membunuh kuman dalam pensterilan alat perubatan seperti picagari, jarum, alat pembedahan dan sebagainya.  Radioisotop natrium-24 di suntik ke dalam salur darah pesakit untuk mengesan kedudukan di mana salur darah disubat oleh pembekuan darah . Radioisotop fosforus-32 disuntik ke dalam darah pesakit untuk menentukan kedudukan tumor otak .
Dalam bidang pertanian, fosfat yang radioaktif dicampurkan didalam baja untuk menentukan kadar dan kuantiti penyerapan baja. Selepas suatu masa, tumbuhan itu akan akan diuji dengan pembilang Geiger-muller. Sinaran radioaktif daripada radioisotope digunakan untuk membunuh serangga perosak.






KEBURUKAN NUKLEAR

      Dalam era pemodenan ini, nuclear tidak asing lagi didengar dan dilihat oleh kita. Bila disebut sahaja mengenai nuclear pasti akan terbayang senjata-senjata hebat yang dicipta oleh manusia contohnya di negara Korea Selatan dan negara-negara besar seperti America. Namun begitu penciptaan tenaga nuclear dan teknologi nuclear ini juga boleh mendatangkan keburukan kepada manusia. Bukan sahaja manusia bahkan seluruh dunia ,Apakah keburukannya?. Pertama,  nuclear boleh mengancam kesihatan manusia dimana risiko kemalangan boleh berlaku iaitu seperti yang kita tahu , jepun pernah mengalami satu kemalangan tentang kebocoran yang berpunca daripada tsunami  iaitu di Fukushima . Manusia , binatang dan tumbuh-tumbuhan ini boleh terdedah kepada radiasi. Ini boleh menyebabkan manusia dan haiwan boleh pupus kerana mati. Dan tanah yang terdedah kepada nuclear ini dapat menyebabkan tanah tidak lagi subur dan tidak boleh digunakan lagi. Selain itu juga, nuclear boleh menyebabkan belakunya peperangan antara negara-negara besar. Senjata nuclear boleh mengakibatkan satu ancaman besar kepada nyawa-nyawa yang tidak bersalah seperti kanak-kanak yang tidak berdosa. Seperti yang kita tahu , semasa perang dunia kedua pengeboman di Hiroshima menyebabkan banyak orang jepun terkorban. Ini menyebabkan bumi asia melarang atau tidak bersetuju dengan tenaga nuclear dan senjata nuclear.



PERISTIWA CHERNOBYL

      Peristiwa ini merupakan sejarah yang berkaitan dengan stesen janakuasa nuclear
      Dimana peristiwa ini menunjukkan keburukan teknologi nuclear sekiranya tidak dikawal dengan berhati-hati
      Berlaku pada 14 April 1986 dan kesan radiasinya masih tersebar sehingga sekarang
      Mengapa dinamakan Chernobyl, ini kerana peristiwa ini berlaku di sebuah kawasan bernama Chernobyl yang terletak di negara Ukraine
      Peristiwa ini telah membunuh 30 operater dan bomba kerana operator reactor dan pegawai bomba antara orang yang terawal pergi ke stesen janakuasa nuclear tersebut
      Manakal 237 orang awam telah menerima radiasi daripada letupan reactor tersebut akibat radiasi yang dibebaskan menyebabkan kanser tyroid
      Penyebaran radiasi tersebut telah bersebar ke sempadan Belarus dan Russia
      Akhirnya para saintis telah menjadikan peristiwa Chernobyl ini sebagai satu pengajaran dalam pembangunan teknologi nuclear
      Kesimpulannya, setiap apa yang ingin diuji dan dikaji  hendaklah didalami sedalam-dalamnya kerana sebarang kecuaian yang berlaku boleh menyebabkan banyak perkara yang tidak diingini berlaku










   














TEKNOLOGI NUKLEAR DI MALAYSIA

      Memerlukan tenaga nuclear untuk menambahkan bekalan elektrik yang semakin berkurang
      Sumber yang digunakan sebelum ini ialah arang batu,bahan api fosil dan tenaga itu dijangka akan berkurangan.
      Arang batu terlalu mahal untuk dijadikan yenaga elektrik
      Manakala bahan api seperti petroleum dan diesel juga dijangka akan habis pada tahun 2050.
      Teknologi ini sebernanya telah dibangunkan 20 tahun lagi tetapi tidak didedahkan dalam bidang elektrik dan perubatan.
      Teknologi nuklear dimalaysia telahpun digunakan dalam beberapa bidang seperti perubatan,perindustrian,pengawetan,makanan dan perubatan.
      Contoh makanan yang sensitif terhadap haba seperti sayuran dan buah buahan perlu menggunakan sinaran radioaktif supaya makanan kekal lama.







KESIMPULAN

Tenaga nuklear ini amat berguna kepada alam semesta . Setiap apa yang berlaku sekarang ini dapat dikenalpasti dengan adanya teknologi nuklear ini . Setiap apa yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan termasuk teknologi nuklear ini . Teknologi ini perlu dikendalikan dengan berhati hati kerana kesan yang diterima adalah amat buruk . Namun begitu nuklear ini perlu dikendalikan oleh pakar atau saintis yang berilmu tinggi . Sekiranya teknologi nuklear ini diabaikan oleh negara pastinya Malaysia akan ketinggalan dalam serba serbi perkara yang ada pada masa kini atau masa hadapan.




RUJUKAN

      1.http://iklim.gov.my/index.php/ms/artikal/&8146-tenaga-nuclear-sebagai-penjana-tenaga-elektrik-negara
      2.http://www.ukm.my//news/index.php/ms/berita-penyelidikan/458-blueprint-for-nuclear-power-plant-long-ready-nuclear-scientist.html
      3.www.greenfacts.org/en/chernobyl
      4.http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6837-asas-tenaga-nuclear-disebut-dalam-al-quran.
      5.keradioaktifan.tripod.com/kegunaan_bahan_radioaktif.htm


No comments:

Post a Comment