DUA 2012 ISLAM, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM
NAMA PENSYARAN: USTAZAH SURIANI
NAMA PELAJAR:
MUHAMMAD HANIS BIN MD YUSOF
(25DET17F1049)
MUHAMMAD FARIS BIN OSMAN
(25DET17F1052)
MUHAMAD ARIF BIN MOH; PARDON
(25DET17F1050)
MOHAMMAD FAZRUL BIN NORDIN
(25DET17F1046)
KEMAJUAN TEKNOLOGI & KERUNTUHAN AKHLAK
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kehadrat Ilahi, dengan keizinannya dapat kami selesaikan e-folio ini yang bertajuk "KEMAJUAN TEKNOLOGI & KERUNTUHAN AKHLAK dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.AW kerana usaha Baginda, kita dapat hidup dengan nikmat iman dan Islam
Jutaan penghargaan kami tujukan kepada pensyarah kami iaitu, Ustazah SURIANI dalam subjek DUA 2012 SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan demi menjayakan proses penghasilan e-folio ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberi dorongan dan motivasi untuk kami terus berusaha mencapai cita-cita.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaanterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan sepanjang pengajian di Politeknik MERSING atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga Allah S.W.T merahmati kalian.
PENGENALAN
KEMAJUAN TEKHNOLOGI
Tak dapat diungkari jika kemajuan teknologi masa kini berkembang sangat pesat. Hal ini dapat dibuktikan dengan banyaknya inovasi-inovasi yang telah dibuat di dunia ini. Dari sederhana, hingga yang menghebohkan dunia.
Kemajuan teknologi memang sangat penting untuk kehidupan manusia zaman sekarang. Kerana teknologi adalah salah satu penunjang kemajuan manusia. Di banyak belahan masyarakat, teknologi telah membantu memperbaiki ekonomi, pembagunan, komputer, dan masih banyak lagi.
Sebenarnya Teknologi sudah ada sejak zaman dahulu, yaitu zaman romawi kuno. Perkembangan teknologi berkembang secara drastis dan terus berevolusi hingga sekarang. Hingga menciptakan objek-objek dan teknik yang dapat membantu manusia dalam pengerjaan sesuatu lebih efisien dan cepat. Salah satunya adalah seperti yang ada di MALAYSIA, contohnya bangunan berkembar petronas, ciberjaya, dan LRT
Setelah adanya penemuan komputer dan laptop, yang sekarang hampir semua pekerjaan manusia memiliki hubungan dengan komputer atau pun laptop. Sehingga mudah jika komputer adalah penemuan yang palingcanggih dan yang paling berpengaruh pada kehidupan manusia.
oleh sebab itu kejatuhan akhlak dan pengaruh terhadap dunia luar semakin mendalam dan terbawa-bawa oleh masyarakat
DEFINISI
Kemajuan teknologi ialah suatu pembaharuan dan pemodenan yang sangat diperlukan akan tetapi dengan kepantasan teknologi juga kita lupa tentang akhlak di kalangan agam islam semakin meruntuh contohnya melayari internet, manusia sibuk dengan pemainan videogame sehingga melalaikan dan membuang masa
Dan barang siapa yang menyia-nyiakan waktunya maka ia akan menyesali setiap detik darinya, dan siapa yang berlalu darinya sehari dari umurnya tanpa ada hak yang ia tunaikan, dan kewajiban yang ia laksanakan, atau ilmu yang ia dapatkan berarti ia telah durhaka terhadap harinya dan ia telah menyia-nyiakan umurnya. (Lihat: Syekh Abdul Muhsin Al-Qasim. Manfaatkan Waktu Anda Sebaik-baiknya.
dalam hadis tersebut , jelas bahawa waktu amat penting dalam kehidupan seharian dengan melakukan perkara yang tidak smensia-siakan
kemajuan teknologi juga membawa pengaruh terhadap dunia luar seperti pakaiyan yang tidak menutup aurat . kerana menutup aura adalah wajib bagi umat islam
Begitu pentingngnya menjaga aurat dalam agama Islam sehingga seseorang di perbolehkan melempar dengan kerikil orang yang berusaha melihat atau mengintip aurat keluarganya di rumahnya, sebagaimana sabda Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
لَوْ اطَّلَعَ فِي بَيْتِكَ أَحَدٌ وَلَمْ تَأْذَنْ لَهُ خَذَفْتَهُ بِحَصَاةٍ فَفَقَأْتَ عَيْنَهُ مَا كَانَ عَلَيْكَ مِنْ جُنَاحٍ
Jika ada orang yang berusaha melihat (aurat keluargamu) di rumahmu dan kamu tidak mengizinkannya lantas kamu melemparnya dengan kerikil sehingga membutakan matanya maka tidak ada dosa bagimu. [HR. Al-Bukhâri, no. 688, dan Muslim, no. 2158]
PUNCA PUNCA KEMAJUAN TEKNOLOGI & MERUTUHKAN AKHLAK
Pada zaman yang serba canggih ini, pelbagai teknologi telah dibangunkan untuk kegunaan orang ramai namun penggunaan yang begitu canggih ini tanpa sempadan telah juga memberikan impak yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja masa kini. Pada era kini terlalu mengikut pengaruh dunia barat yang dianggap “up-to-date” dan berasa malu sekiranya tidak mengikutnya.
Antara punca lain ialah pengaruh media massa. Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi sesorang terutamanya golongan remaja ke arah yang negatif secara diam. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa. Certa-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.
Di samping itu, sifat semulajadi remaja juga senantiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaannya mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.
Akhir sekali ialah didikan agama dan nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini. Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggaka mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama yang secukup ole ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu perkara negatif itu tanpa berfikir panjang.
Kesimpulannya, ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dang bangsa kerana mereka inilah akan memimpin negara pada suatu hari nanti
CARA CARA MENGATASI KEBURUKAN AKHLAK
Strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan muda dan anak-anak ini. Beberapa saranan atau cara-cara mengatasi keruntuhan kahlak masyarakat di antaranya ialah seperti berikut:
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu, ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberika keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, tanamkan nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntibiliti, menepati janji, berketerampilan, menunjukan peribadi yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak . ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak-anak.
Pendidikan keibubapaan perlu diperkembangkan dengan cara yang lebih berkesan sehingga keupayaan pendidikan anak-anak dalam institusi keluarga dapat diperkemaskan. Amalan keibubapaan Islam hendaklah dipraktikkan melalui bimbingan langsung dari masjid. Remaja yang bermasalah di qariah boleh dijadikan sasaran yang terawal untuk membina modal nyata untuk dikembangkan dalam masyarakat.
Selain itu, mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membunag masa. Bak kata pepatah “sambil menyelam, minum air”.
Seterusnya, mewujudkan system perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah telah menimbulkan rasa takut dikalangan pelajarr sekolah, disamping mengurangkan bebanan dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawalan disiplin. Meningkatkan semula pengawalan disiplin dari peringkat awalan oleh semua pihak dalam sekolah seperti yang dahulunya pernah ditegaskan dalam system pembentukkan disiplin pelajar. Kawalan diperingkat awal mesti dilaksanakan. Semua pihak hendaklah ‘turun padang’ dengan ertikata sebenar untuk mengatasi masalah disiplin remaja pada masa kini.
Di samping itu juga, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan sertiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyakkan untuk membentuk jati diri dan membaiki akhlak remaja.
Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar yang bermasalah. Dimana kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada pihak polis sebagai penyelesaian yang terakhi
KEBURUKAN DAN KEBAIKAN KEMAJUAN TEKNOLOGI & KERUNTUHAN AKHLAK
KEBAIKAN
* MEMPELAJARI ILMU TEKNOLOGI UNTUK MEMBANGUNKAN ATAU MENOLONG ORANG ISLAM
* MEMUDAHKAN ORANG ISLAM BERDAKWAH DENGAN MELUAS
* MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA DAN MEPERKUATKAN PERTAHAN DLAM NEGARA
KEBURUKAN
* KEWAJIPAN DAN SUNNAH SEBAGAI ORANG ISLAM SEMAKIN DILUPAKAN
* LUPA TERHADAP AKHIRAT KERANA SIBUK DENGAN URUSAN DUNIA
* MEMBERI KESAN NEGATIF TERHADAP REMAJA KERANA PERGAULAN BEBAS DAN PENGARUH TERHADAP DUNIA LUAR
KESIMPULAN
Penggunaan teknologi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan dan ianya bergantung kepada individu itu sendiri tentang bagaimana ianya hendak mengadaptasikan teknologi ini kepada dirinya.Oleh itu kita mestilah menggunakan kemudahan yang ada untuk membangunkan negara dan menggunakannya untuk kebaikan sahaja kerana ianya boleh membawa kepada keburukan dan boleh merosakkan diri kita serta perkembangan ekonomi negara dan terpulang kepada kita bagaimana kita hendak mencorakkan teknologi komunikasi itu supaya menjadi lebih baik dan untuk kesenangan kita di masa hadapan.
sumber rujukan
http://alyadina.blogspot.my/2013/04/kebaikan-dan-keburukan-teknologi.html
https://www.google.com/search?biw=1163&bih=559&tbm=isch&sa=1&ei=4QKXWr_7GMHkvgSm8YG4Aw&q=punca+teknologi+menjatuhkan+akhlak&oq=punca
lampiran
seorang lelaki melihat video lucah
perempuan isap vape yaitu rokok elektronik
SEKIAN TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment