Wednesday, 28 February 2018

pengajian islam


               


JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

DUA2012

e-folio 1


PENSYARAH
USTAZAH SURAINI BINTI RIPIN




BIL
NAMA
NO PENDAFTARAN
1
ANIS SYAFIQA BINTI ZAIDI
25DET17F1083
2
AMIRUL FAIZ BIN ASHINAR
25DET17F1058
3
NURUL SYAHIRAH BINTI ABDUL TALIB
25DET17F1075
4
NUR FADHILAH IMANINA BINTI MOHD RAHDUWAN
25DET17F1065

Pengenalan
Sedarsawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan terutamanya tentang pencemaran alam sekitar seperti pencemaran tanah, air, udara dan bunyi. Dengan erti kata yang lain, manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek-projek pembangunan. Namun begitu, kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan hal ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar yang teruk.

ALLAH menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-wenangnya.
Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)

Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).




JENIS-JENIS PENCEMARAN DAN PUNCA-PUNCA PENCEMARAN

1.   Pencemaran Tanah
Ø  pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang
Ø  pembuangan sampah merata-rata oleh segelintir individu/masyarakat
Ø  aktiviti pembalakan yang berleluasa
Ø  penggunaan racun yang berlebih-lebihan

2.   Pencemaran Air
Ø kumuhan sisa toksik daripada kilang
Ø aktiviti penerokaan
Ø pembuangan bahan-bahan pencemar oleh sesetengah individu/masyarakat
Ø tumpahan minyak

3.   Pencemaran Udara
Ø pelepasan gas karbon dioksida
Ø pembangunan tidak dirancang

4.   Pencemaran Bunyi
Ø bunyi daripada kenderaan
Ø bunyi daripada kilang








Penerangan :-

1.  Pencemaran tanah
·       perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan kepada tanah, diklasifikasikan sebagai pencemaran tanah. Bahan pencemar yang terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.
                    
a)    Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang.
·      Sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu seperti kilang-kilang  yang membuang bahan-bahan pencemar daripada aktiviti yang dijalankan.
·      Antara bahan buangan seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang yang tidak melupuskannya secara sistematik akan menyebabkan berlakunya pencemaran tanah kerana bahan yang terkandung akan merosakkan kesuburan tanah.

b)    Pembuangan sampah merata-rata oleh segelintir individu/masyarakat
·      Sifat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar.
·      Mereka membuang sampah merata-rata tanpa membuangnya ke tempat yang sepatutnya.
·      Kesannya, sampah tidak terlupus secara tidak sistematik seterusnya akan mengakibatkan pencemaran tanah kerana bahan yang tidak terlupus akan mengganggu sistem tanah.
                       
c)    Aktiviti pembalakan yang berleluasa
·      Pembalakan yang tidak terkawal juga menyumbang kepada pencemaran tanah.
·      Aktiviti ini akan mengubah struktur tanah dan mengubah rupa bentuk muka bumi, sekiranya aktiviti ini tidak dikawal maka pencemaran kepada tanah akan berlaku di dalam skala yang besar.
·      Sebagai contohnya seperti pembalakan haram, penerokaan tanah untuk aktiviti pertanian, pembinaan tempatan dan sebagainya.
          
d)    Penggunaan racun yang berlebih-lebihan
·      Penggunaan racun secara berlebih-lebihan akan menyebabkan pencemaran kepada tanah yang selalunya berlaku didalam aktiviti pertanian.
·      Bahan kimia yang terdapat didalam racun akan merosakkan sistem tanah serta kesuburan tanah.

2.  Pencemaran Air
·      Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Ia merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.
        
a)    Kumuhan sisa toksik daripada kilang
·      Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.
·      Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya mencemari sungai, sekiranya air sungai yang tercemar ini mengalir ke laut maka pencemaran ini akan merebak ke laut.
                
b)    Aktiviti penerokaan
·       Selain itu, aktiviti penerokaan juga menyumbang kepada pencemaran air seperti aktiviti pertanian, pembalakan tidak terkawal dan sebagainya.
·       Aktiviti penerokaan akan menyebabkan hakisan kepada tanah justeru tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.
·       Mendakan ini boleh menyebabkan berlakunya kecetekan paras air sungai, banjir lumpur dan air sungai akan tercemar akibat campuran keladak serta menjadi lumpuh.
         
c)    Pembuangan bahan-bahan pencemar oleh sesetengah individu/masyarakat
·       Sikap sesetengah individu yang mengambil mudah terhadap penjagaan alam sekitar seperti penempatan berhampiran sungai dan laut.
·       Mereka membuang bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis ke dalam sungai.
·       Justeru itu pengaliran sungai disekat oleh bahan sukar lupus, air menjadi kotor dan hidupan air akan mati.
      
d)    Tumpahan minyak
·       Tumpahan minyak yang selalunya berlaku daripada kebocoran pelantar minyak, kapal karam dan sebagainya.
·       Sifat minyak yang tidak sebati dengan air akan berada di permukaan air dan merebak, seterusnya air menjadi kotor kerana diselaputi minyak.


3.  Pencemaran Udara
·       Pencemaran udara berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang membahayakan. Benda asing tersebut berbentuk habuk, kabus, asap, wap dan gas atau apa-apa jenis campuran.
    
a)    Pelepasan gas karbon dioksida
·       pembuangan gas karbon dioksida merupakan asap kotor daripada kenderaan bermotor, kerja-kerja pembinaan, stesen jana kuasa, kilang-kilang dan pembakaran terbuka.
·       Pencemaran udara seperti kesan asap kilang yang banyak menyebabkan kabus tebal menyelubungi ruang atmosfera memberi kesan kepada udara yang bersih dan kotor
                    
b)    Pelepasan gas karbon dioksida
·       Pembangunan yang tidak dirancang akan memberi kesan kepada ruang udara dan memberi kesan buruk kepada kualiti alam sekitar seperti pembinaan bangunan yang melibatkan jentera berat, bahan binaan serta debu-debu kering.
·       Jentera yang digunakan secara tidak langsung akan mengeluarkan asap yang banyak serta bahan-bahan binaan seperti simen, pasir dan sebagainya yang ringan akan naik ke ruang udara.

4.  Pencemaran Bunyi
·      Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan yang biasanya melebihi 80 dB(A). Pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing masing.

a)  Bunyi daripada kenderaan
·      Bunyi kenderaan adalah salah satu punca kepada pencemaran bunyi melibatkan kenderaan darat, air dan udara.
·       Pencemaran ini kerap berlaku di bandar setiap kali apabila berlakunya kesesakan lalu lintas dan kepadatan kenderaan di atas jalan raya.
·       Termasuk juga kawan sekitar lapangan terbang, pelabuhan, terminal feri dan sebagainya .

b)   Bunyi daripada kilang
·       Penggunaan mesin-mesin dan jentera daripada kilang kilang merupakan penyumbang kepada pencemaran bunyi.
·       Sebagai contoh seperti proses mencetak atau membentuk besi menggunakan mesin-mesin yang bising.
KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Related image   Related image

Related image   Image result for pencemaran bunyi











PUNCA ROSAKNYA ALAM SEKITAR DARI PERSPEKTIF ISLAM

1.    Menukar ciptaan Allah. Ataupun dengan ibarat yang lain, menukar fitrah yang ditetapkan oleh Allah kepada manusia seperti menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya serta membunuh anak lelaki.

2.    Zalim. Sama ada zalim itu kepada diri sendiri atau zalim kepada saudaranya ataupun zalim kepada alam sekitar.

3.    Meninggi diri. Perlakuan bongkak dan takabbur contohnya fir’aun.

4.    Mengikut hawa nafsu. Menjadikan manusia daripada seorang yang matang kepada haiwan yang sentiasa mengikut hawa nafsu, tidak ada baginya akal mahupun hati dan perasaan.


5.    Penyelewengan daripada keseimbangan alam. Perlakuan manusia yang terlalu melampau dan terlalu bermudah-mudah.

6.    Kufur dengan nikmat Allah. Manusia tidak menghayati nikmat yang diberikan, tidak mensyukurinya sepertimana yang sepatutnya.





LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
                      
PENCEMARAN TANAH :
-       Mengharamkan pembakaran secara terbuka.
-       Mempraktikkan program ‘3R’ iaitu “Reduce, Reuse, Recycle” dalam kehidupan seharian.
-       Mengadakan aktiviti gotong-royong bagi penduduk setempat dan orang ramai.
-       Menghadkan aktiviti pembalakan apabila perlu di tempat yang sesuai.
-       Mewartakan hutan simpan dan laksanakan perhutanan semula.
        
PENCEMARAN AIR :
-       Pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang.
-       Penyelenggaraan berkala dijalankan 2 kali sebulan.
-       Kurangkan penggunaan bahan-bahan sulit terurai dan detergen.
-       Melaksanakan kem kesedaran.
          
PENCEMARAN UDARA :
-       Pengusaha kilang perlu menapis asap hitam dan menggunakan alternatif lain untuk menghapuskan sisa-sisa toksik kilang.
-       Mengenakan hukuman atau kompaun kepada mereka yang melanggar undang-undang dan membahayakan orang ramai.
-       Penampalan ozon.
-       Menggunakan bahan bakar ramah lingkungan.
         
PENCEMARAN BUNYI :
-       Menghadkan kelajuan kenderaan di sesuatu tempat dengan had laju  yang sesuai.
-       Penggunaan halangan bunyi.
-       Menukar tekstur permukaan jalan.
CARA ISLAM TERKINI DALAM MENJAGA ALAM SEKITAR

1.             Pendidikan yang berterusan dalam setiap peringkat. Cara terbaik ialah dengan pendidikan pada peringkat perkembangan manusia daripada tadika, sekolah sehingga ke peringkat universiti. Adalah menjadi satu kewajipan menanam fikrah pentingnya menjaga dan merawat alam sekitar.
2.             Kesedaran dan pengetahuan kepada orang dewasa. Memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada orang dewasa dan masyarakat secara umum.
3.             Penjagaan sebagai tanggungjawab umum. Menjaga alam sekitar termasuk dalam daerah amar ma’ruf, manakala mencemarkannya termasuk dalam nahi mungkar. Maka setiap muslim bertanggungjawab terhadap alam sekitar dengan menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran.
4.             Perlaksanaan denda. Memasukkan ke dalam undang-undang dengan mengenakan denda kepada sesiapa yang tidak mematuhi peraturan menjaga alam sekitar.
5.             Bekerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab. Bekerjasama dengan badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang khusus dalam penjagaan alam sekitar.  
l Qur'an Surat Al Rum 41 – 42 ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ ۚ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ "Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (41) Katakanlah (Muhammad), “ Bepergianlah di bumi lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang dahulu. Kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)." (42) Kandungan Ayat. Suruhan Allah SWT kepada manusia agar melestarikan alam dan lingkungannya karena sudah diatur oleh Yang Mahakuasa. Penegasan Allah SWT bahwa berbagai kerusakan yang terjadi di darat dan di laut adalah akibat ulah atau perbuatan manusia, oleh karena itu hendaklah manusia menghentikannya mau kembali ke jalan yang benar yaitu dengan mengganti-kannya dengan perbuatan yang baik.

Disalin dari : 
http://www.bacaanmadani.com/2017/01/ayat-ayat-al-quran-tentang-menjaga.html
Terima kasih sudah berkunjung.

Kesimpulan
               
Masalah pencemaran alam sekitar adalah daripada diri kita sendiri. Kita haruslah mempunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar. Melalui mengenali punca-punca pencemaran, kita dapat mengambil langkah-langkah pembetulan untuk mengatasi dan mengelak daripada terlibat dalam golongan yang merosakkan alam sekitar. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. Akhir sekali, Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi demi generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment