Wednesday, 28 February 2018


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


NAMA PENSYARAH : PN. USTAZAH SURIANI BINTI RIPIN

NAMA PELAJAR :

MOHAMMAD NURHAKEEM BIN SULAIMAN (25DET17F1059)
ARIF HAFIZUDIN BIN NOOR AZMI (25DET17F1061)
MUHAMMAD FAIZ BIN RAMLI (25DET17F1062)
YUSHAIRIN AIMAN BIN MOHD AKMAL (25DET17F1068)

KEHEBATAN AIR : DARI SEGI SAINS DAN ISLAM
DEFINISI :






·  
Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkandungrahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus di tekad niatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengar akan jemaah yang tersesat dari dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!
·  Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu akan rahsia kehebatan air ini yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air ini. Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf  7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.

ISI 1:
  • Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu. Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha      Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!
  • Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran. Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis.
                                                                         ISI 2:


Maha suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya! Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja.
Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata? Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks.
ISI 3:


Air mampu bertindak balas terhadap perilaku terhadapnya contohnya melalui kata kata , bacaan , tulisan , gambar , suara kuat , suara perlahan . akhirnya hasil daripada perilaku tersebut akan membentuk Kristal molekul air berbentuk heksagonal ( 6 segi ) sempurna kecantikannya atau sebaliknya . Bentuk molekul air seperti kecantikan kristal inilah yang mampu berperanan bagi merawat penyakit dalam tubuh badan seseorang .l
Maka jika sebaliknya, melalui kata kata kesat , bacaan , tulisan , gambar , ucapan yang teruk seperti “ Kamu Bodoh, Mati , Bunuh dan sebagainya diperdengarkan kepada air termasuk lagu lagu yang melalaikan seperti ROCK dan sebagainya akhirnya hasil daripada perilaku dan persekitaran tersebut akan membentuk Kristal molekul air berbentuk yang sangat buruk dan menjijikan .
Kajian Ini amat memeranjat dunia kini apabila ia mengingatkan kembali apa yang telah lama diajarkan oleh Rasulullah ﷺ selama ini melalui cara adab menjalani kehidupan seperti adab sebelum makan dan minum , cara ruqyah  , membaca Ayat Al Quran kepada air dan kepada pesakit, cara percakapan yang baik dan larangan terhadap kata kata yang kotor dan sebagainya.
                                                                    PENUTUP:
Menurut para ahli tafsir, apabila Allah sudah bersumpah dengan nama sesuatu berarti Allah menghendaki kita untuk memperhatikannya dengan seksama, seperti yang terdapat dalam beberapa ayat-Nya; wal ashr (demi waktu), wattinii wazzaituun (demi buah tin dan zaitun), wadh dhuhaa (demi watu dhuha), wallail idza yaghsyaa (demi malam), wasy syamsi wadh dhuhaha (demi matahari dan cahayanya dipagi hari), dan wal qalami wama yasturuun (demi pena dan apa yang mereka tulis). Begitu juga dengan ayat di atas, wamaaim maskuub (demi air yang tercurah), berarti ada sesuatu yang istimewa dalam diri air ini, yang mana harus kita perhatikan dengan seksama.

Keistimewaan air memang sangat dirasakan oleh seluruh makhluk Allah terutama manusia. “…dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih, agar Kami menghidupkan dengan air itu negeri (tanah) yang mati, dan agar Kami memberi minum dengan air itu sebagian besar dari makhluk Kami, binatang-binatang ternak dan manusia yang banyak. …” (QS. al-Furqan: 48-50).


                                                                SUMBER RUJUKAN
                                       
                                         http://teknologidalamislam.blogspot.my 
                                         http://sainsdalamislam.blogspot.my
                                         http://nur-alhafiz.com.my
                                         http://media-utama.blogspot.my

1 comment:

  1. 888 Casino in Washington, DC - Mapyro
    888 경상북도 출장안마 Casino is an entertainment venue located in Washington, 계룡 출장안마 DC and offers 통영 출장샵 more than 2400 electronic games, table games, 충청북도 출장마사지 live entertainment and 태백 출장샵

    ReplyDelete