Wednesday, 28 February 2018

KHASIAT BUAH TAMAR DAN KISMIS


E-FOLIO SAINS , TEKNOLOGI , DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG 

                         Image result for BISMILLAH


                                                              PENGHARGAAN :

  Assalamualaikum .Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “kehebatan buah tamar & kismis”. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek.

  
   Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini terutamanya kepada Pn. Suraini iaitu salah satu pensyarah di politeknik mersing ini



                                               NAMA AHLI KUMPULAN :

                           MUHAMMAD DARWIS BIN ABU (25DET17F1070)
                          MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD ESRI (25DET17F1047)
                          ASYRAFUDDIN HANIS BIN MOHD NOR (25DET17F1080)
                          MUHAMMAD ZAHID KHUMAINI BIN MOHAMAD DON (25DET17F1060)
                          MUHAMMAD HAFEEZ HAIKAL BIN MOHD HUSAIN (25DET16F1048)




                              KEHEBATAN BUAH TAMAR & KISMIS


BUAH TAMAR :

Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.




Image result for BUAH TAMARImage result for BUAH TAMAR


 KEBAIKAN BUAH TAMAR

1:  Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
2)  Kaya dengan serat dan potassium
3)  Penguat memori
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
5) Penawar Racun
6) Merawat penyakit
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit




Hadis Nabi saw :

(Maksudnya) Bahawa baginda saw bersabda : "Apabila sesuatu rumah tidak ada tamar maka penghuninya akan kelaparan (kurang sihat)".

(Hadis dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya 2046)







BUAH KISMIS :

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.





Image result for BUAHKISMISImage result for BUAHKISMIS




KEBAIKAN BUAH KISMIS


1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata



Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih"




                                                         KESIMPULAN :


-kurma dan kismis membantu membekalkan Zat, Vitamin, Nutrisi dan Mineral yang baik dan semulajadi kepada sistem tubuh sebagai pengimbangan bagi kekurangan sumber bahan tersebut untuk sistem tubuh melangsungkan aktiviti harian tanpa sebarang kesusutan nilai keseimbangan. Sebaliknya ianya juga bertindak sebagai agen detokfikasi atau nyahtoksid kepada sistem tubuh yang telah terbeban dengan bahan-bahan yang boleh mendatangkan kemudharatan semasa dan masa depan pada sistem tubuh.











No comments:

Post a Comment